Skip to main content

"Bukan Semua Perempuan Nak Jadi Hebat, Ada Yang Cuma Nak Tenang"

"Bukan Semua Perempuan Nak Jadi Hebat, Ada Yang Cuma Nak Tenang"

Dalam dunia yang sibuk dengan pencapaian, kita lupa satu perkara:
Bukan semua orang nak jadi ‘hebat’.

Ada perempuan yang tak kejar pangkat, tak kejar anugerah.
Dia cuma nak bangun pagi dengan hati yang ringan.
Dia cuma nak balik rumah dengan rasa cukup.

Kadang bila tengok orang lain laju, kita rasa kecil.
Bila tengok mereka capai itu ini , kita mula tanya diri:

“Kenapa aku macam tak ke mana?”

Tapi benarkah tak ke mana?
Atau sebenarnya… kita dah ke mana-mana.. Cuma bukan dengan cara yang bising?


🌾 1. Ada Yang Hebat Dalam Senyap

Hebat bukan hanya pada sijil, angka, atau tepukan.
Hebat juga bila seorang ibu bangun pagi walau penat.
Hebat juga bila seorang wanita bertahan walau dihimpit kecewa.

Hebat bukan hanya pada poster.
Kadang dia wujud dalam diam mahupun dalam air mata yang tak pernah orang tahu.


💬 2. Jangan Rasa Bersalah Kalau Kamu Tak 'Kejar Dunia'

Ada orang cita-citanya besar.
Ada orang cita-citanya cuma nak rasa tenang , itu pun dah cukup indah.

Kalau kamu bahagia dengan hidup sederhana, itu juga satu pencapaian.


☁️ 3. Hidup Bukan Perlumbaan

Jangan biarkan hidup jadi satu perlumbaan yang kamu sendiri tak tahu apa hadiahnya.
Kalau kamu bahagia duduk di rumah sambil tengok anak main, itu cukup.
Kalau kamu gembira masak untuk keluarga, itu juga berharga.

Kita tak perlu buktikan apa-apa selagi hati kita tahu, kita hidup dengan penuh makna.


4. Tenang Itu Juga Tujuan

Dunia hari ini kejar banyak benda.
Tapi tak semua kejar ketenangan.
Padahal… tenang itu lebih mahal dari segalanya.

“Aku tak nak jadi terkenal, aku cuma nak tidur lena tanpa sesal.”

Dan itu pun... dah cukup hebat.


📌 Terima kasih kerana membaca di KisahNhomeqa.
Kalau kamu rasa kamu tak cukup ‘hebat’, ingat terkadang Allah sembunyikan kehebatan kamu supaya kamu tak lupa jadi manusia yang rendah hati.

Sila kongsi tulisan ini jika kamu rasa ada hati lain yang sedang memerlukan pelukan melalui kata-kata.



Comments

Popular posts from this blog

"Kita Tak Perlu Sempurna, Cukup Jadi Kuat Dengan Cara Kita"

"Kita Tak Perlu Sempurna, Cukup Jadi Kuat Dengan Cara Kita" "Kenapa aku tak sekuat dia?" "Kenapa hidup aku tak sehebat orang lain?" Pernah tak soalan macam ni berlegar dalam kepala? Aku pun pernah. Malah, kadang-kadang soalan tu masih datang sewaktu aku tengah lipat kain sambil anak menangis, atau waktu aku tengok orang lain capai apa yang aku masih sedang cuba. Tapi makin lama, aku sedar satu perkara penting: Kita tak perlu jadi sempurna. Kita cuma perlu jadi kuat dengan cara kita. 🌸 1. Jangan Bandingkan Babak Tengah Kita Dengan Babak Orang Lain Orang nampak hidup dia 'on point'. Tapi kita tak tahu berapa kali dia jatuh, menangis, kecewa. Sama juga macam kita. Kita pun sedang berjuang. Bezanya cuma jalan. 🌿 2. Rehat Bukan Erti Lemah Ada hari kita penat. Mental serabut. Emosi kusut. Itu bukan gagal. Itu manusia. Kalau perlu tidur awal, tidur. Kalau perlu menangis, menangis. Kita tak perlu jadi ‘ok’ setiap masa. ☀️ 3. Pelan-P...

“Hujung Minggu Ibu

            “Catatan ini sebahagian daripada siri mingguan di nhomeqa. Ruang kecil tempat aku menulis                apa yang tak mampu aku ucapkan. Hidup sebagai isteri dan ibu tiga anak perempuan bukan                     mudah, tapi setiap catatan ini adalah cara aku sembuh dan bercerita…”           Hujung Minggu: Hadiah Kecil Untuk Jiwa Yang Penat Lima hari aku berlari tanpa henti. Pagi menjemput aku dengan tangisan anak yang perlu disiapkan ke sekolah, petang menghantar aku pulang dengan tubuh yang longlai. Hidup seorang ibu bukan tentang bekerja di pejabat semata, tetapi bekerja 24 jam dalam diam, dari membuka mata hingga menutupnya. Maka datanglah hujung minggu. Bagi orang lain, ia cuma dua hari di hujung minggu. Tetapi bagi aku, dua hari ini adalah hadiah kecil daripada Allah SWT untuk jiwa yang penat. Masa ...