Skip to main content

Posts

Rona Harimu, Cahaya Hidupmu

 Di sebalik bunyi periuk yang berdenting dan baju yang menunggu untuk dilipat, aku tersenyum. Tiada yang melihat pengorbananku setiap hari tapi hatiku tahu, setiap usaha itu bukan sia-sia. “Kadang dunia nampak biasa,” aku bermonolog sendiri, “tapi aku sedang membentuk sesuatu yang luar biasa.” Anak-anaknya bermain di ruang tamu. Setiap tawa mereka adalah hadiah, setiap pelukan mereka adalah pengiktirafan yang tiada tandingan.  Hari demi hari, aku belajar satu perkara bahawa kekuatan sebenar bukan datang dari pujian orang lain, tetapi dari hati yang percaya pada nilainya sendiri. Menjadi suri rumah bukanlah tugas yang ringan tapi ia adalah seni, pengorbanan, dan kasih yang tiada ganti. "Aku mungkin tidak pergi ke pejabat, tapi aku membina dunia kecil yang penuh cinta. Dan itu cukup untukku merasa bangga." Sesekali, dunia luar mungkin tidak melihat apa yang kau lakukan. Tapi ketahuilah, setiap usaha, setiap peluh, setiap senyuman itulah cahaya yang menerangi hidupmu sendir...
Recent posts

Suara Yang Ditahan Angin

 Di lereng senja, ada sekuntum hati yang tumbuh di celah batu mengakar diam walau angin sering menyapa tanpa izin waktu Di rumah teduh di kaki bukit datangnya burung yang sama berulang kali bertandang konon mahu singgah pada dahan tua tempat ia menetas dahulu namun setiap kali ia hinggap dibiar pula anak kecilnya pada rumput yang bukan rumputnya sendiri seolah bumi itu wajib menadah setiap jatuh yang ditinggalkan Sedang si bunga batu dengan segala beban embun yang menitis saban hari terus dipaksa mekar dalam ruang yang sempit dibisukan oleh bayang pohon tinggi yang tidak pernah tahu malu merampas cahaya pada waktu yang tidak patut Apabila bunga itu cuba berbicara sekadar melepaskan degup yang lama dipendam sekadar ingin meluah rasa retak kepada langit yang mendengar di laman maya tiba-tiba guruh datang mencelah, membawa suara-suara angin yang mempertahankan pokok darahnya sendiri langit yang tadinya damai terus badai, seolah satu keluhan kecil adalah ...

AMANAH BUKAN MILIKKU

 Kadang-kadang aku bertanya pada diriku sendiri… Sampai bila aku harus memikul amanah yang bukan milikku? Amanah yang orang lain tinggalkan dengan mudah, seolah-olah ia barang ringan yang boleh dilemparkan ke bahu sesiapa sahaja , termasuk aku. Sedangkan pemiliknya… Ah, dia hidup santai. Seolah-olah tanggungjawab itu tidak pernah wujud. Seolah-olah beban itu memang ditakdirkan untuk aku, bukan untuknya. Aku cuba bertahan. Setiap hari aku menenangkan hati: “Tak apa, demi kebaikan semua.” “Tak apa, nanti keadaan berubah.” “Tahanlah sedikit lagi.” Tapi lama-lama suara itu semakin perlahan… semakin lemah… Kerana semakin hari semakin banyak yang ditindihkan ke atas bahuku, tanpa aku pernah diminta pendapat, tanpa aku diberi ruang untuk memilih. Aku penat. Bukan penat tubuh , itu aku sudah biasa. Tapi penat jiwa… penat memikul sesuatu yang tak pernah aku pinta. Kadang aku rasa marah. Marah kerana aku yang berlari ke sana sini, sedangkan pemilik tanggungjawab itu hanya ...

Bangkit Perlahan, Asal Jangan Berhenti

Pernah tak kita rasa hidup ni terlalu berat sampai nak bangun dari katil pun jadi satu perjuangan? Kadang-kadang kita tengok orang lain, macam semuanya senang – kerja bagus, duit cukup, keluarga bahagia. Tapi kita? Rasa macam terumbang-ambing, tak tahu arah. Hakikatnya, setiap orang ada cabaran sendiri. Bezanya, ada yang pandai sorok luka dengan senyuman, ada pula yang belajar bangkit walau berkali jatuh. Dan kita semua ada satu peluang yang sama: peluang untuk bermula semula. 1. Jangan Malu Bermula Kecil Ramai orang sangka kalau nak berjaya mesti mula besar, mesti ada modal, mesti nampak hebat. Sebenarnya tidak. Sesuatu yang besar selalu bermula kecil. Pokok rendang bermula dari benih. Bangunan tinggi bermula dari batu bata pertama. Kalau hari ni awak cuma mampu tulis satu muka surat, itu pun sudah langkah ke depan. Kalau awak hanya mampu simpan RM5 sehari, itu pun dah kemenangan kecil. Jangan hina langkah kecil, sebab itu tapak untuk langkah besar. 2. Proses Lebih Penting Dari...

LAUT DALAM JIWA

Ada jiwa yang bekerja dalam diam di balik tabir sunyi tidak menuntut sorakan tidak meminta pujian namun dari tangannya berdiri sebuah kehidupan Engkau menjahit doa dari helai-helai lelah menyulam tabah dari benang luka menyembunyikan tangis di sebalik senyuman agar yang lain merasa teduh meski hatimu sendiri dilanda badai Orang melihat kepada dahan yang menjulang kepada bunga yang berwarna, kepada buah yang ranum namun akar yang setia di bumi sering dilupakan Padahal akar itulah yang memeluk tanah menyedut getir hujan menahan ribut dan goncang agar pohon tetap tegak Dan saat pohon segar, akar tidak dipandang saat pohon tumbang, akar pula dipersalahkan Namun ia tetap setia diam-diam menyimpan rahsia musim memberi nafas kepada kehidupan tanpa pernah menagih balasan Begitu juga tiang yang tak ternampak Orang memuja dinding yang berhias orang mengagumi atap yang megah namun tiang yang teguh di tengah rumah jarang sekali disebut namanya Ketika rumah kukuh berd...

Kehidupan Seorang Ibu

Kehidupan Seorang Ibu   Dalam sunyi malam yang panjang ada doa ibu yang tidak pernah hilang terselit antara helaan nafasnya mengiringi setiap langkah anaknya Tangan yang lelah tidak pernah mengeluh meski luka dan penat bertamu senyum tetap mekar di bibirnya seolah dunia ini tidak pernah menghimpit jiwanya Ibu, adalah sekolah pertama guru yang paling sabar mengajar dengan kasih sayang menuntun tanpa meminta balasan Hidupnya adalah pengorbanan tidurnya singkat laparnya disembunyikan bahagianya sering ditangguhkan Namun dalam setiap air matanya terselit bahagia yang sukar ditafsir bahagia melihat anak-anaknya berdiri meski dirinya sendiri terpaksa merangkak Ibu adalah kehidupan adalah doa yang menjadikan langkah kita teguh adalah cinta yang tidak pernah bertepi     16 Ogos 2025 (1027) Syufeqa Nurby AR  

HUJUNG MINGGU UNTUK KITA

Hujung minggu, aku simpan dalam hati, bukan untuk berlari mengejar janji, tapi untuk duduk di sini, bersama kamu yang memanggilku ibu bersama dia yang memanggilmu papa . Sepanjang minggu, kita sama-sama penat, kamu dengan buku dan tugasan yang berat, aku dengan urusan yang tak pernah berhenti, hingga kadang kita lupa menatap mata, mendengar rasa. Maka bila tiba masa ini, biarlah dunia di luar menunggu. Kita mahu mengajar, bukan sekadar membaca dan mengira, tapi mengajar erti tawa, erti pelukan, erti ada di sisi walau diam. Kerja sekolah masih akan siap, urusan lain tetap akan beres, tapi senyuman hari ini, tawa kecil ini, takkan pernah kembali sama. Hujung minggu ini, biar ia menjadi milik kita. Milik keluarga kecil yang sedang membina kenangan untuk dikenang selama-lamanya. 14 OGOS 2025 syufeqa nurby